Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan
1- Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia
2- Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
3- Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
4- Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
5- Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
6- Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
7- Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
8- Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
9- Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
10- Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
11- Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
12- Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.
13- Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
14- Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
15- Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
16- Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.
17- Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala’ sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala’.
18- Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
19- Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
20- Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
21- Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.
22- Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
23- Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
24- Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
25- Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
26- Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. /font
27- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar
28- Kucing tidak boleh merasa rasa manis
29- Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
30- Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
No comments:
Post a Comment